Monday, November 9, 2009

kasut 026




wo ho..sudah sebulan tiada update. isk isk. tukang conteng sebenarnya sibuk menyiapkan order untuk blubBlups. balik kerja bersengkang mata menconteng kanvas. bila weekend kembali ke kampung halaman memenuhi tanggungjawab untuk ibu dan ayah. takpe, kejayaan tak datang bergolek kan. harus berusaha nak berdiri sama tinggi dengan orang lain.

ok, tukang conteng terima order dari seorang sahabat. tema lovey dovey. biasala gadis2 mahu yang comel2 belaka.

Monday, September 28, 2009

kasut 025



inspired dr kasut che aini. customer mau the exact color n design, cuma jenis kasut saja berlainan. kasut sudah selamat dihantar ke butik hanaHANA ^_^

Monday, July 20, 2009

kasut 024


kembali bersiaran kawan2

ya, seperti biasa corak batu bata (checkered) ini menjadi pilihan lagi

ada berita gembira untuk dikongsi ^_^
mulai sekarang kamu bole mendapatkan kasut dan handpainted canvas beg di butik HanaHana di ipoh!!

jangan kata orang ipoh saje , orang parit, lumut, bota, teluk intan, chemor, selekoh, batu gajah, malahan kampung gajah pon, meh le beramai2 serbu butik HanaHana nih

butik HanaHana
jln raja musa mahadi
ipoh


buat masa sekarang yang display di sana cuma kasut 021-kasut 024
yang lain2 akan menyusul nanti
maap ler tak laghat kome nak mengejor masa
sementelah tukang lukisnye seorang
tukang jahitnya juge seorang
tak berupaya menyediakan staf atau rekrut tukang lukis lain
*lap air mata*

maka kalo berminat sudi2 kan lah membelek katalog dan order terus dengan miss hani ok!

kalo kamu mau corak2 yang tiada dalam katalog pon boleh saja
bagi corak/design/tema we'll try our best to potray on your desired shoes ^_^


kasut 023




inspired dari cite jack and the beanstalk
hah jangan kamu cuba cari kapak atau kacangnya pulak ya
ini adalah ilustrasi pokok kacang yang sudah kena tebang tu

*garu kepala*

in my opinion nampak macam batik kontemporari (ceh!) tapi cik shanthy si pelukis berkeras ini adalah pokok kacang. jangan tanya mana daun mana kacang. mungkin yang merah itu darah pokok kacang. atau mungkin cik shanthy cuba menjadi seperti brother yang hebat ini.

semuanye tersirat.

kasut 022




love love love menjadi pujaan anak gadis
ya, sangat comel saya tahu ^__^

kalo kamu alergic dengan warna pink (jangan pelik, memang ada perempuan benci pink) tapi masih mahu design yang sama, sila beritahu.

semuanya bisa diatur!

Saturday, July 18, 2009

kasut 021







ya, konsep untuk display butik HanaHana memang yang comel2 belaka. oleh kerana jiwa serabut pelukis biasanya menjurus ke arah extreme/vampire/hantu tengkorak maka sedikit masa diperlukan untuk membasuh minda.

dan naah, inila hasilnya.

p/s: ada sesiapa mahu kasut lipas, nyamuk atau serangga geli-geli? bagitau segera!

Wednesday, May 6, 2009

wuhuu09 @ ipoh

















adei. 2minggu yang sangat penat. balik2 kerja terus bergerak ke ipoh. barisan pejuang pada hari tu ialah soomi, shanthy dan skin . sampai ipoh sudah hampir tengah malam. penat tak habis lagi terpaksa pulak berperang dengan 3 ekor resakse kecil yang ganas. bangun pagi2 sebab dalam email tulis event start at 10.00am. breakfast pon kelam kabut. tak sempat menikmati lempeng kelapa betol2, nyam2. alih2 pergi sana sape pon tadak, aih, apakah yang berlaku ini. ada la beberapa ketul manusia tapi bukan organizer, tapi seller jugak macam kami yang mencari bayang-bayang organizer. hmm, untuk menghabiskan masa terpaksa pegi pasar tani yang berdekatan menjamu mata melihat belut kering dan tumbuh tumbuhan. nasib baik resakse kecik tak pau banyak.

dalam pukul 11lebih baru la boley set up gerai. most of the gerai jual tshirt. design sangat gempak! nasib baik bole kontrol kalo tak mau semua design nak beli. haha. crowd pon tak ramai sangat tapi alhamdulillah sales OK. my sis cakap kalo kteorang tak kabo ade event ni sumpah die pon taktau. mungkin promotion tak cukup kot. whatever laah. at least tolak duit tol duit minyak duit kena pau dengan resakse kecik duit beli tshirt ada la balance dalam RM20 hmmgthgqrz!

some of the events of this wuhuu09 ialah art performance (indie band/poetry) and luckily all the sellers dapat tiket free. tapi, selepas berpanas2 di gerai, boley tak saya taktau fynn jamal n the gang perform kat dalam dewan? boley tak? boley tak? mesti laa tak boley!! eii, geramnye! saya minat sangat dengan die. masa event bintangjatuh pon terlepas nak jumpa. ni sampai ipoh pon masih terlepas nak jumpa. isk isk.

malam tu ada several bands yang perform. tapi kteorang tunggu meetUNCLEhussein saja. hehe. OMG seeing lan singing live makes me wanna jump on the stage! haha, overr! adik2 yang bertaburan di dalam dewan menari gabungan shuffle+dangdut+headbanging tapi ala2 aksi terajang orang pon ada. da la kiteorang pakai selipar je. nasib baik kaki tak kena pijak.

anywaaay thanx a lot untuk semua yang sudi menjengah gerai kami. beramah mesra tangkap2 pic layan kepala senget kteorang ni. untuk adik gerai sebelah yang dijamu kek coklat tu, study elok2 ya. untuk daniel yang comel, cik soomi kirim salam. hehehe. untuk sape2 yang berminat dengan file/book organizer yang cik skin jahit tu, ini link blog die whooblebublyland click! click!

tukang lapor,
captain soomi